Kebebasan internet dan media di alam siber telah menbentuk satu lapisan masyarakt yang tiada sempadan, dimana kekangan maklumat dan isu dan sensitiviti perkauman mahupun peribadi adalah merupakan sesuatu yang tidak relevan dan dianggap kuno pada zaman moden ini.
Walau bagaimanapun, kebebasan media dan internet siber merupakan asas kemajuan namun sayangnya nilai-nilai murni tidak lagi di ambil kira dalam penyebaran maklumat dan juga kesahihan maklumat juga amat diragui.
Norma-norma kehidupan merupakan satu batu penghalang bagi sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menjadikan media dan internet siber sebagai satu agen perlaksanaan dakyah-dakyah dan perkembangan idealisma yang merosakkan keutuhan manusia yang berdiri teguh, sedikit demi sedikit.
Pasti ramai yang masih ingat tentang isu yang timbul dari blog dikenali sebagai "PapaGomo' dimana dia dikenakan saman sebanyak RM850,000.00 kerana didapati bersalah melalui sebuah post di blognya yang berkaitan dengan ketua parti pembangkang dengan memuat naik dan menfitnah Datuk Seri Anuar Ibrahim melalui laman blognya.
Raja Petra Kamarudin telah ditahan dibawah akta keselamatan dalam negeri seksyen 731 yang boleh memberi kuasa kepada pihak polis menahan dia selama 60 hari dan berlanjutan tanpa soal bicara, ini kerana beliau didapati telah menulis artikel yang dipercayai menghina umat Islam dan Rasul jungjungan umat Islam Nabi Muhammad S.A.W.
Kesemua bloggers ini telah ditahan atas kesalahan yang dilakukan masing-masing, kebebasan media dan internet siber adalah sesuatu yang positif jika ia di pantau ketat dan membangun selari dengan norma-norma masyarakat, kebiadapan yang di lontarkan oleh sesetengah penulis blog tanpa mengira siapa yang mereka sokong merupakan satu tonggak kebangangan yang terlampau kerana tidak mampu menahan sabar serta tiada pegangan yang kukuh pada jati diri dan nilai agama.
Namun masyarakat kini merupakan lebih kepada "pahlawan kekunci" yang rata-ratanya menggunakan kebebasan yang ada tanpa usul periksa dan hanya mendengar penjelasan atau mutaah sebelah pihak.
Itulah berbahayanya jika hati telah dikelabui semangat asabiah yang dimana, najis di hujung dunia jelas terlihat namun gajah didepan mata tidak dinampak mendatang. Pengawalan etika dan undang-undang siber harus diperkukuhkan demi menjaga apa yang masih mampu diselamatkan.
.jpg)

.jpg)