Tuesday, 7 October 2014

Sayangi Dia Sebelum Terlambat

Kita sering terlupa tentang kekeluargaan adakalanya kita merasakan untuk membahagiakan keluarga perlukan kita mengerah seluruh kekuatan yang kita punyai untuk mencari kesenangan sekali gus memberi kebahagian kepada yang tersayang.

Namun jauh disudut spekulasi orang-orang yang kadang-kala rasa terpinggir, wang, kekayaan, kesenangan, itu hanyalah bersifat sementara dan hanya kebahagian sementara, apa yang lebih memeritkan adalah apabila seseorang yang kita sanjungi dan hormati serta kita sayangi merasakan sering kesunyian akibat orang-orang yang dia sayangi jarang bertemu dan berbual, apatah lagi orang yang menunggu itu hanyalah seorang orang tua yang rata-rata umurnya hanya menanti waktu dipanggil menghadap Illahi.


Datuk kesayanganku telah pergi menghadap panggilan Yang Maha Esa, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Allah s.w.t, meninggalkan isterinya yang tercinta Basariah Abu Bakar, meninggalkan 7 orang anak kesayangannya, meninggalkan 21 orang cucu kesukaan dan kesayangan tanpa batasan, seperti menantang minyak yang penuh, itulah datuk ku Haji Ismail bin Mad Yasin.


Aku hanya mampu sedekahkan Al-fatiha dan mengharap bahawa Allah s.w.t menjaga nya dengan sebaik-baik di alam sana, kadang-kala kita terlupa dan terleka mengejar didepan mata sehingga terlupa dan teralpa yang telah berada dalam dakapan kita. Adakalanya kita terlupa dan terleka mengejar yang tidak pasti sehingga menyinggung perasaan orang kesayangan kita.


Tujuan aku menulis bukan sahaja untuk bercerita tentang kisahku, tetapi untuk kamu semua agar jangan mensia-siakan apa yang menanti kerana dibelakang hari, menyesal sehingga menitis air mata darah sekali pun, masa tidak akan berputar kebelankang lagi. Kerana itulah masa lampau adalah yang paling jauh dengan kita kerana apa jua kenderaan tidak mampu membawa kita kesana lagi.

Aku berkesempatan melawatnya ketika dia sihat dan sakit, aku berkesempatan menjamu makan bersamanya diwaktu malam, aku berkesempatan menikmati juadah kesukaannya 'mee kari kaki ayam' bersama, namun masih ku rasa masa yang ku luangkan hanya seperti seketika. Bagaimana dengan mereka yang tidak sempat atau hanya sekali dua bertemu?

Bagi yang membaca entriku ini ku pohon dengan sepuluh jariku, hadiakanlah Al-fatiha pada datukku dengan seikhlas hati.


Aku mungkin tidak mampu membalas jasa kalian, tetapi Allah s.w.t yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang akan membalas budi baik kalian.

       sewaktu dia sedang berada didalam koma


SENTIASA DALAM KENANGAN HAJI ISMAIL BIN MAD YASIN
AL-FATIHA

No comments:

Post a Comment