Sunday, 23 November 2014

SIMULASI BERITA (Kursus Kewartawanan dalam talian)

Berita ini tidak ada kena mengena yang hidup ataupun mati segala kesamaan adalah secara tidak sengaja dan bukan bertujuan untuk mengaitkan sesiapa


Seorang gadis ditembak mati didalam kereta yang dipandunya di blok bangunan baru seksyen 15 Shah Alam, mangsa yang dikenali sebagai Nadia binti Ahmad, 18, dipercayai ditembak dua das tembakan dikepala semasa berhenti di satu lokasi.

Kenderaan yang dinaiki mangsa adalah sebuah kereta model cc240 Mercedes Benz Brabus yang didaftarkan dibawah nama seorang ahli perniagaan yang terkenal Datuk Shamugan nadhan a/l Pilai.

Walaubagaimanapun motif pembunuhan masih belum diketahui kerana ini merupakan satu kes pembunuhan dan bukanlah kes rompakan seperti yang dikira oleh penduduk-penduduk setempat yang dihebahkan.

Menurut seorang perkerja asing buruh binaan, Bahadul Saleem, dia dan rakan-rakannya yang lain sedang ingin ketempat kerja seperti biasa pada jam 6.30 pagi dan apabila melintasi kawasan itu, dia ternampak sebuah kereta yang enjinnya masih di hidupkan apabila dia meninjau ke kawasan kereta itu, dia dapati terdapat seorang gadis sedang berlumuran darah.

Setelah disiasat, pihak polis telah mengesahkan bahawa mangsa ditembak dua das dikepala pada jam 3 pagi dan bukan atas dasar rompakan tetapi terdapat alasan peribadi yang tidak diketahui.

Menurut Ketua balai polis daerah Selangor, Dsp Syed Aziz Syed Omar Jamalulai Al-baraqoh, mangsa yang berasal dari ampang dipercayai merupakan perempuan simpanan datuk Shamugan Nadhan dan terdapat beberapa rekod bahawa mangsa merupakan seorang bekas Guest Relation Officer (GRO) di salah sebuah kelab malam di Subang.

Walaubagaimanapun pihak polis menolak segala dakwaan bahawa datuk Shamugan Nadhan terlibat dalam kes pembunuhan ini kerana datuk Shamugan Nadhan telah berlepas ke New Dehli dua hari sebelum kejadian.

mangsa yang dibunuh 

No comments:

Post a Comment