Tuesday, 30 December 2014

Jack Black menghina nabi-nabi dalam ISLAM

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca-pembaca yang setia dan sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca telahan saya, disini saya ingin mengatakan dan bertanya sudahkan anda semua menonton filem lakonan terbaru Jack Black, bagi yang tidak mengenali siapa Jack Black, dia adalah seorang pelakon yang juga popular dengan sebuah animasi bernama Kung Fu Panda.

Sebuah Filem terbaru yang diberi nama "YEAR ONE" adalah sebuah filem mengisahkan dua orang sahabat dari zaman purba kala, dimana iaitu Jack Black dan Michael Cera adalah bintang utamanya dan diarah sepenuhnya oleh Harold Ramis. Kisah ini rata-ratanya mengambil latar masa kisah-kisah nabi di dalam Al-quran, segala plot dan latar masa telah diubah dan diperkenalkan untuk menunjukkan bahawa nabi-nabi ISLAM terdahulu adalah orang yang tidak rational dan merupakan orang yang bodoh dan tidak mempunyai akhlak yang terpuji.

Filem ini amat berbahaya kerana saya percaya jika pegangan akidah seseorang itu tidak secara mendalam pastinya mereka akan merasakan bahawa ISLAM ialah agama yang membuta tuli dan hanyalah sebuah agama yang indah khabar dari rupa dimana itu adalah SAMA SEKALI TIDAK BENAR.

Sepatutnya, filem ini tidak patut diterbitkan kerana ia tidak mengambil kira sensitiviti terhadap orang-orang islam dan juga ia memaparkan adegan-adegan yang berlawanan dalam akidah ISLAM. Filem ini juga merupakan salah satu tunjang senjata orang-orang kafir yang ingin merobohkan keimanan dan juga asas pegangan orang-orang ISLAM.

Filem ini jika dilihat dari segi psikologinya ia adalah satu pelancaran peperangan awal kepada umat islam bagi merobohkan tahap pegangngan akidah dan iman seseorang dan pada akhirnya akan timbul tanda tanya di benak hati kita dimana adakah ISLAM ini adalah benar, maaf untuk saya katakan jika anda ada tertimbul pemikiran sedemikian maka hapuskanlah ia dari hati dengan banyak2 beristifar kerana itu adalah ulah Syaitan yang direjam.

Kepada saudara serta saudari yang merasakan apa yang saya rasakan ini adalah benar maka saya tidak meminta banyak dari saudara serta saudari hanya post apa yang saya tuliskan disini kerana Allah pernah berfirman kuasi langit dan kuasai bumi untuk kita orang islam berjaya dan kini saya sedang berusaha mengusai langit dengan kemudahan internet yang Allah berikan pada saya untuk berkongsi apa yang saya rasa mencela agama kebanggaan saya.

Bagi yang tidak pernah menonton filem ini dibawah ini adalah free streamin online linknya
http://megashare.info/watch-year-one-online-TnpNPQ

dan ini adalah gambar poster "YEAR ONE"

No comments:

Post a Comment