Tuesday, 23 December 2014

Along Dragon tumpas di Shah Alam


SIMULASI BERITA
Kursus kewartawanan UITM Shah Alam
berita ini adalah rekaan semata-mata tidak ada kena mengena yang hidup atau yang mati


Ketua kumpulan Dragon yang dikenali sebagai Along Dragon telah berjaya ditumpaskan pada jam 4 petang kelmarin di sekitar Shah Alam seksyen 3 oleh Pihak Polis Di Raja Malaysia, kumpulan Dragon yang dipercayai terlibat dengan pelbagai jenyah yang berlaku antaranya penculikan, rogol, samun bersenjata dan pelbagai lagi yang aktif beberapa bulan lalu di sekitar Kuala Lumpur.
Along Dragon, 38, adalah pengasas kumpulan Dragon sejak tiga tahun lalu berjaya ditahan di kediamannya, hasil dari unit risikan dan kecekapan pihak PDRM yang menyerbu sambil mengepung bagi memastikan penjayah terbabit tidak terlepas.
hasil serbuan mendapati beberapa kilogram dadah jenis syabu dan pelbagai jenis senjata termasuk M-16 ditemui di tempat kediamannya dipercayai adalah senjata yang digunakan dalam rompakan dan samun berkumpulan yang kerap berlaku di sekitar Kuala Lumpur.
Ketua Inspektor Bukit Aman, Kamarul Hisham, dengan penangkapan ini, pihak PDRM percaya bahawa kumpulan Dragon dapat dilumpuhkan sekali gus dihapuskan terus jenayah-jenayah yang sering berlaku dalam beberapa bulan lepas yang meragut tiga nyawa.
"Pihak PDRM telah lama mengintip pergerakan Along kerana percaya dengan penangkapannya dapat menghapuskan rekod-rekod jenayah yang terjadi di sekitar Kuala Lumpur beberapa bulan lepas" tambahnya.
Pastinya dengan penumpasan geng Dragon akan membuatkan aktiviti-aktiviti jenayah di Kuala Lumpur dapat dikawal dengan lebih drastik dan lebih effisen di masa akan datang.




No comments:

Post a Comment